Sejarah
Home ] Organisasi ] Jadual ] [ Sejarah ] Album ] Kawasan MRSGHS ] Lokasi ]

 

Mahkamah Rendah Syariah Gombak/ Hulu Selangor

Home
Organisasi
Jadual
Sejarah
Album
Kawasan MRSGHS
Lokasi

 

LATAR BELAKANG MAHKAMAH

 

    Bangunan Mahkamah Rendah Syariah Gombak telah dibina sejak tahun 1980 oleh Pihak Jabatan Agama Selangor. Ia terletak di Jalan AU 2A/17, Taman Seri Keramat 54200 Selangor Darul  Ehsan . Pada masa itu Mahkamah ditadbir dan diurus oleh Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur di bawah pengawasan Jabatan Agama Islam Selangor . Pegawai Tadbir Agama yang menjadi Ketua Pejabat, Pejabat  Agama Islam Gombak Timur adalah juga sebagai Hakim (Qadhi) yang membicarakan kes di Mahkamah Syariah ketika itu .

 

    Pada masa itu, nama Mahkamah ialah Mahkamah kadi . Apabila terdapat kes - kes yang tergolong dalam kategori kes Mahkamah Tinggi (dahulunya Mahkamah Kadi Besar) , Kadi Besar yang berpejabat di Bahagian  Mahkamah Syariah, JAIS Shah Alam akan datang ke Mahkamah Syariah Daerah Gombak Timur pada hari - hari tertentu untuk mendengar dan memutuskan perbicaraan .

 

    Pada 1hb. September, 1991 seorang Penolong Pendaftar dan seorang pembantu Pendaftar telah dilantik untuk menguruskan pentadbiran Mahkamah Rendah Syariah Gombak/ Hulu Selangor. Pada ketika itu, Hakim yang ditugaskan untuk membicarakan kes-kes di kawasan ini adalah pada masa yang sama menjadi Pegawai Tadbir Agama di Pejabat Agama Islam Hulu Selangor. Sehingga 3hb. Disember, 1991, Mahkamah telah mempunyai 3 orang kakitangan sokongan termasuk seorang Penghantar Saman yang diserapkan ke Mahkamah (sebelum ini bertugas di Pejabat Agama Islam Gombak Timur ).

 

    Pada Januari 1992 , Mahkamah telah mempunyai seorang Hakim yang dikhaskan bertugas di Mahkamah ini. Beliau  ialah YA Tuan Hj. Shahri b. Hj. Ismail. Sebelum ini beliau merupakan salah seorang Kadi Litar negeri Selangor.  Kakitangan sokongan Mahkamah pula bertambah seorang lagi iaitu seorang Pegawai Tadbir (Kesetiausahaan) atau Steno .

   

 

Home ]

Sila e-mail sebarang cadangan dan pertanyaan berkenaan laman ini kepada  mrsg@selangor.gov.my.
Hakcipta terpelihara  © 2001 Mahkamah Rendah Syariah Gombak/Hulu Selangor
Kemaskini terakhir: 22 October 2001